Program Komuniti Masyarakat Kampung Bersama JPJ Negeri Kedah 2019
23 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2019 yang lalu telah berlangsungnya satu program iaitu ‘Program Komuniti Masyarakat Kampung Bersama JPJ Negeri Kedah 2019’. Program ini merupakan anjuran bersama antara JPJ Negeri Kedah dan Pusat Internet Bukit Besar. Program ini berlangsung di Perkarangan Pusat Internet Bukit Besar bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. Program ini dihadiri oleh lebih kurang 80 orang komuniti sekitar Pusat Internet Bukit Besar.
Program ini bertujuan untuk memudahkan komuniti setempat untuk berurusan dengan JPJ mengenai perkara-perkara berkaitan. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut antaranya ialah, Perbaharui insurans & roadtax ( untuk motosikal lebih 1 tahun belum perbaharui roadtax juga boleh perbaharui tanpa perlu ke puspakom), Semakan saman, Pindaan alamat di geran, Pembaharuan lesen memandu, Pembaharuan lesen kenderaan, Semakan senarai hitam, Semakan tarikh luput lesen memandu, Semakan tarikh luput lesen kenderaan motor, Pembayaran saman dan Permohonan ID portal orang awam.
Antara kelebihan dan kebaikan program seperti ini ialah, Memudahkan komuniti setempat untuk berurusan dengan JPJ berhubung perkara-perkara berkaitan, Penduduk kampung tidak perlu untuk pergi ke pejabat JPJ yang terletak jauh dari kawasan Bukit Besar, Penduduk kampung tidak perlu membawa kenderaan ke PUSPAKOM dan Penduduk kampung dapat melakukan urusan JPJ dengan cepat dan mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: